Tuesday, April 6, 2010

Tips : Penjagaan rambut bagi yang bertudung


Dari apa yang saya lihat selama saya berada di dalam bidang ini, ada yang berpendapat bahawa mereka tidak perlu menjaga rambut mereka kerana mereka memakai tudung.. bagi saya, cara pemikiran begini haruslah di buang jauh2.. kalau tak jaga, nnt bila rambut dah mula bermasaalah, mungkin sudah terlambat dan susah untuk diselamatkan lagi... betul tak?

sekiranya anda sedang membaca penulisan saya ini, anda pastinya berada di golongan yang lagi satu... bila anda tau anda cantik di dalam, pastinya anda akan membawa diri anda dengan lebih keyakinan.

beberapa masalah yang sering di alami oleh orang yang bertudung adalah
1) berkelimumur
2) rambut berbau
3) kulit kepala berminyak
4) rambut gugur
5) hujung rambut berbuah

saya boleh katakan majoriti akan mengalami lebih dari satu masalah yang saya sebutkan di atas.

apa yang perlu anda lakukan?

1) pastikan anda syampoo rambut anda sekurang2nya selang sehari. Sekiranya anda berpeluh, anda perlu syampoo setiap hari. Kebanyakan artikel yang ada di luar sana tidak menggalakkan anda untuk syampoo setiap hari. Ini adalah benar untuk orang yang free hair... tapi bukan untuk orang yang bertudung.

bagi yang perlu syampoo setiap hari, hujung rambut anda mungkin akan menjadi sedikit kering. sekiranya anda mempunya rambut yang lebih dari paras bahu, pastikan anda menggunakan conditioner (pada rambut, bukan pada kulit kepala), dan letakkan sedikit serum sesudah mandi.


2) Pastikan rambut anda kering sepenuhnya sebelum mengikat rambut/ memakai tudung. Ini adalah punca utama yang menyebabkan rambut berbuah. [saya masih teringat ketika saya belajar diploma in hairdressing, sifu saya bertanya pada saya kenapa orang melayu mempunyai masalah rambut berbuah? terus terang saya berkata pada sifu saya, itu bukan masalah genetik melayu, tetapi masalah penjagaan rambut, ikat semasa basah...... bayangkan kesilapan yang sering kita buat ni, di dalam buku pon takde... sbb mmg tak patut sesama sekali untuk ikat rambut semasa basah]

Habit malas untuk mengeringkan rambut ini bukan sahaja menyebabkan rambut berbuah, tetapi juga contribute kepada rambut yang busuk. saya pasti anda tahu bagaimana bau rambut busuk [macam telekung2 yang lama tak basuh yang ada kat surau/masjid]

dan kebanyakan orang yang mempunyai masalah rambut busuk ini tidak sedar bahawa rambut mereka berbau kerana mereka sudah immune. Cuba test suruh orang lain bau... huhuh

Sekiranya anda tidak mempunyai masa untuk mengeringkan rambut, jangan basuh rambut di waktu pagi sebelum pergi kerja, basuh sahaja di waktu malam....


3) masalah orang bertudung/berhelmet/bertopi adalah pengumpulan bakteria di kulit kepala. bakteria ini akan menyebabkan kebanyakan masalah yang ada. rajin2kan lah diri ke salun untuk membuat scalp treatment. kalau ada masa, sebulan sekali, kalau bz, dua bulan sekali pon tak apa... tidak semestinya jika anda bertudung, anda tidak boleh nak pamper diri di salun kan?


** kami di Lounge Hair Studio menyediakan perkhidmatan scalp treatment yang boleh membantu mengurangkan semua masalah yang telah saya sebutkan tadi... oh ya...dan kami juga menyediakan bilik khas untuk yang bertudung =)

Thursday, April 1, 2010

Common Mistakes : Cara penggunaan shampoo dan conditioner


Apabila ada client yang mengadu pada saya bahawa kulit mereka sering ada dandruff, gatal2, terlalu berminyak, pertama sekali saya akan tanya bagaimana mereka menggunakan shampoo dan conditioner. Sila ambil perhatian...



Shampoo adalah untuk kulit kepala. Shampoo adalah untuk membersihkan segala kotoran di kulit kepala. dan semestinya apabila kita shampoo pada kulit kepala, rambut kita akan bersih sekali.


Conditioner adalah untuk rambut sahaja. Di sinilah kebanyakan orang telah salah menggunakan conditioner. Jangan sekali-sekali menggunakan conditioner sebagaimana anda menggunakan shampoo. Hanya lurutkan sahaja pada rambut.

Pastikan anda menggunakan shampoo dan conditioner yang sesuai dengan jenis rambut dan kulit kepala anda. Rambut yang sihat bermula dari scalp yang sihat.

Saya tidak pernah mengatakan bahawa shampoo yang berada di pasaran terutama sekali yang boleh di dapati di kedai2 farmasi dan pusat membeli belah tidak elok. Adalah penting untuk anda tahu jenis rambut anda sebelum anda membeli shampoo. Sama ada shampoo untuk rambut yang halus, berminyak, kering, berwarna, curl, lurus dan sebagainya.

Jangan gunakan shampoo anti-dandruff setiap hari. Shampoo jenis ini adalah terlalu kuat untuk dijadikan shampoo harian. Lebih baik kiranya anda menggunakan shampoo yang boleh mengembalikan balance kulit kepala anda.

Bagi yang berambut pendek, conditioner tidaklah begitu penting bagi anda. Bagi anda yang mempunyai rambut lebih dari 4-5 inci, conditioner akan membuatkan rambut anda kelihatan lebih bermaya, lembut dan tidak kering.

Selamat Mencuba~!
 
Lounge Hair Studio - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords