Thursday, April 1, 2010

Common Mistakes : Cara penggunaan shampoo dan conditioner


Apabila ada client yang mengadu pada saya bahawa kulit mereka sering ada dandruff, gatal2, terlalu berminyak, pertama sekali saya akan tanya bagaimana mereka menggunakan shampoo dan conditioner. Sila ambil perhatian...



Shampoo adalah untuk kulit kepala. Shampoo adalah untuk membersihkan segala kotoran di kulit kepala. dan semestinya apabila kita shampoo pada kulit kepala, rambut kita akan bersih sekali.


Conditioner adalah untuk rambut sahaja. Di sinilah kebanyakan orang telah salah menggunakan conditioner. Jangan sekali-sekali menggunakan conditioner sebagaimana anda menggunakan shampoo. Hanya lurutkan sahaja pada rambut.

Pastikan anda menggunakan shampoo dan conditioner yang sesuai dengan jenis rambut dan kulit kepala anda. Rambut yang sihat bermula dari scalp yang sihat.

Saya tidak pernah mengatakan bahawa shampoo yang berada di pasaran terutama sekali yang boleh di dapati di kedai2 farmasi dan pusat membeli belah tidak elok. Adalah penting untuk anda tahu jenis rambut anda sebelum anda membeli shampoo. Sama ada shampoo untuk rambut yang halus, berminyak, kering, berwarna, curl, lurus dan sebagainya.

Jangan gunakan shampoo anti-dandruff setiap hari. Shampoo jenis ini adalah terlalu kuat untuk dijadikan shampoo harian. Lebih baik kiranya anda menggunakan shampoo yang boleh mengembalikan balance kulit kepala anda.

Bagi yang berambut pendek, conditioner tidaklah begitu penting bagi anda. Bagi anda yang mempunyai rambut lebih dari 4-5 inci, conditioner akan membuatkan rambut anda kelihatan lebih bermaya, lembut dan tidak kering.

Selamat Mencuba~!

1 comment:

  1. T-Shirt | The T-Shirt - The T-Shirt
    titanium hair straightener www-titanium-arts-com › www-titanium-arts-com Shop T-Shirt in leatherman charge titanium Michigan at T-Shirts.com. Get details on microtouch solo titanium customer 2019 ford edge titanium for sale reviews, promos titanium i phone case and more. T-Shirt.com. Get exclusive offers and discounts. T-Shirts offer.

    ReplyDelete

 
Lounge Hair Studio - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords