Wednesday, March 31, 2010

Tips : Menjaga Rambut yang Tebal dan Curly


Haircut
Rambut yang curly tidak memerlukan potongan yang canggih2 untuk mendapatkan efek yang terbaik. Rambut yang curly lebih cantik jika di simpan panjang sedikit, sekurang2nya paras bahu. Ini adalah kerana, dengan cuaca kita yang lembab ini, rambut yang curly akan menjadi lebih kembang. Sekiranya disimpan panjang, rambut itu akan menjadi berat sedikit dan lebih mudah untuk diurus.

Potongan haruslah mempunyai layer supaya curl lebih kelihatan natural. Sekiranya anda mempunyai rambut pendek, dapatkan potongan layer yang boleh compliment muka dan jenis rambut anda..

Cara penjagaan

Seboleh-boleh nya jangan syampu rambut anda terlalu kerap untuk mengelakkan rambut menjadi kering. Sekiranya terpaksa, pastikan anda meletak conditioner pada rambut (bukan pada kulit kepala) lebih dari biasa.

Semasa rambut masih basah, sikat dengan menggunakan sikat bergigi jarang. Serum adalah wajib bagi orang berambut curly. Minta dari stylist anda serum yang sesuai dengan rambut anda.

Setelah meletak serum di rambut, terpulang pada anda untuk membiarkan ia kering secara natural ataupon menggunakan diffuser. Seboleh2nya kurangkan menyentuh rambut anda untuk mengelakkan dia menjadi frizzy.

Selamat Mencuba~!

Tips : Blow dry sendiri di rumah


Untuk mendapatkan hasil blow dry bagaikan baru keluar dari salon, ini adalah langkah-langkahnya. Pastikan anda mempunyai sikat yang sesuai. Sikat basic yang perlu anda ada ialah sikat Round brush seperti gambar di bawah. Saiz medium sudah mencukupi bagi rambut paras bahu..


Langkah2 untuk mendapatkan hasil blow dry yang kemas

1) Keringkan rambut dengan tuala. Letak sedikit serum pada rambut. Pastikan serum itu tidak terlalu berminyak kerana ini akan membuatkan rambut kelihatan flat.

2) Bahagikan rambut kepada 3 bahagian. Rambut di bahagian crown, rambut di bahagian tengah, dan rambut di bahagian belakang. Mulakan blow dry pada rambut di bahagian belakang sekali. Pastikan angin dari hairdryer itu menghala ke bawah untuk mengelakkan dari rambut menjadi kembang dan frizzy.

3) Untuk mendapatkan sedikit efek curl pada rambut, blow kan rambut sehingga hampir kering, gulungkan rambut, blowkan dengan angin panas, kemudian biarkan seketika supaya rambut sejuk sedikit barulah buka gulungan dari sikat.

4) Akhir sekali, letak sedikit lagi serum untuk membuatkan rambut kelihatan cantik dan berkilauan

* Pastikan hairdryer sentiasa bergerak di sepanjang rambut supaya haba dari hairdryer tidak tertumpu pada satu bahagian rambut sahaja.

** Practise makes perfect~! Happy Trying~!!

The Interior






Services Available

Services RM

Wash & Style ~ 20.00
Wash, Cut & Style (Woman) ~ 40.00
Wash, Cut & Style (Men) ~ 25.00


Full Head Color ~ 80.00
Highlights ~ 80.00
Color + Highlights ~ 140.00
Root Touch Color ~ 60.00

Henna Coloring Full Head ~ 60.00
Henna Coloring Root Touch ~ 40.00

Body Perm ~ 100.00
Rebonding ~ 250.00
Root Touch Rebonding ~ 180.00
Relaxing ~ 200.00
Root Touch Relaxing ~ 170.00

Hair Treatment ~ 80.00
Scalp Treatment ~ 80.00
Hair + Scalp Treatment ~ 140.00


* Price are subject according to hair length and thickness
** All prices stated above are based on medium/shoulder length hair



Peta lokasi Lounge Hair Studio, Kelana Jaya

Tuesday, March 30, 2010

4 Perubahan Simple Tetapi memberi Impak


Pernah tak anda rasa bosan sangat dengan rambut.. asyik2 sama saja rupa bila tengok cermin. Kalau berambut panjang, bila nak potong pendek sangat rasa sayang pulak. So ini adalah basic 4 cara yang boleh ubah penampilan anda.


1) Lurus




Lebih dikenali sebagai teknik rebonding. Kebanyakan orang rasakan teknik rebonding ini membuatkan rambut menjadi terlalu lurus dan bosan. Tapi sebenarnya anda boleh meminta pada stylist anda untuk membuat teknik relaxing... dimana ianya adalah hampir serupa dengan rebonding, cuma tidaklah terlalu lurus bagaikan pembaris itu... terlalu fake.

Dengan teknik yang betul dan produk yang sesuai dengan jenis rambut anda, membuat teknik relaxing/rebonding ini akan membuatkan hati lebih tenang kerana bangun pagi selepas tidur lasak bagaimana pon, rambut akan kelihatan normal sahaja... sangat sesuai untuk orang yang mempunyai masalah rambut yang mengerbang atau frizzy.



2) Curl besar

Ini juga merupakan satu stail yang digemari ramai. Tetapi orang selalu confuse curl yang di perm dengan curl yang di set (menggunakan curling tong/hot curler).

contoh macam gambar beyonce ini. Rambut beliau adalah di set. Akan tetapi, jika anda mempunyai rambut yang terlalu lurus di mana bila anda cuba untuk set rambut anda, curl itu tak tahan lama, maka bila anda membuat perm yang besar2, akan membuatkan setting rambut adalah lebih mudah.

Dan di hari yang malas, anda cuma sanggulkan rambut anda sepanjang hari, dan selepas waktu kerja, rambut anda akan kelihatan curly dan cantik dan anda sudah sedia untuk keluar date :)..




3) Fringe



Anda takut nak luruskan rambut, dan juga tak bersedia nak curlkan rambut? Apa kata anda ubah sahaja fringe anda. Pelbagai gaya fringe boleh dilakukan. Dan kebanyakan acessori rambut sesuai digayakan dengan rambut yang mempunyai fringe!

Lihat sahaja pada perubahan pada Rihanna. Mudah bukan?


4) Curl kecil/sedang


Stail ini adalah lebih drastik daripada yang lain2. Anda perlu minta pada stylist anda untuk tunjukkan demo bagaimana untuk stailkan sendiri di rumah. Selalu saya dengar orang berkata bahawa curl mereka akan kelihatan cantik apabila mereka keluar dari salon tetapi bila cuba untuk duplicate apa yang stylist mereka buat, tidak berjaya. Akan tetapi, dengan panduan dan juga produk yang sesuai, pasti anda akan kelihatan lebih vogue!



 
Lounge Hair Studio - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords