Wednesday, March 31, 2010

Tips : Blow dry sendiri di rumah


Untuk mendapatkan hasil blow dry bagaikan baru keluar dari salon, ini adalah langkah-langkahnya. Pastikan anda mempunyai sikat yang sesuai. Sikat basic yang perlu anda ada ialah sikat Round brush seperti gambar di bawah. Saiz medium sudah mencukupi bagi rambut paras bahu..


Langkah2 untuk mendapatkan hasil blow dry yang kemas

1) Keringkan rambut dengan tuala. Letak sedikit serum pada rambut. Pastikan serum itu tidak terlalu berminyak kerana ini akan membuatkan rambut kelihatan flat.

2) Bahagikan rambut kepada 3 bahagian. Rambut di bahagian crown, rambut di bahagian tengah, dan rambut di bahagian belakang. Mulakan blow dry pada rambut di bahagian belakang sekali. Pastikan angin dari hairdryer itu menghala ke bawah untuk mengelakkan dari rambut menjadi kembang dan frizzy.

3) Untuk mendapatkan sedikit efek curl pada rambut, blow kan rambut sehingga hampir kering, gulungkan rambut, blowkan dengan angin panas, kemudian biarkan seketika supaya rambut sejuk sedikit barulah buka gulungan dari sikat.

4) Akhir sekali, letak sedikit lagi serum untuk membuatkan rambut kelihatan cantik dan berkilauan

* Pastikan hairdryer sentiasa bergerak di sepanjang rambut supaya haba dari hairdryer tidak tertumpu pada satu bahagian rambut sahaja.

** Practise makes perfect~! Happy Trying~!!

No comments:

Post a Comment

 
Lounge Hair Studio - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords