Pernah tak anda rasa bosan sangat dengan rambut.. asyik2 sama saja rupa bila tengok cermin. Kalau berambut panjang, bila nak potong pendek sangat rasa sayang pulak. So ini adalah basic 4 cara yang boleh ubah penampilan anda.
1) Lurus
Lebih dikenali sebagai teknik rebonding. Kebanyakan orang rasakan teknik rebonding ini membuatkan rambut menjadi terlalu lurus dan bosan. Tapi sebenarnya anda boleh meminta pada stylist anda untuk membuat teknik relaxing... dimana ianya adalah hampir serupa dengan rebonding, cuma tidaklah terlalu lurus bagaikan pembaris itu... terlalu fake.
Dengan teknik yang betul dan produk yang sesuai dengan jenis rambut anda, membuat teknik relaxing/rebonding ini akan membuatkan hati lebih tenang kerana bangun pagi selepas tidur lasak bagaimana pon, rambut akan kelihatan normal sahaja... sangat sesuai untuk orang yang mempunyai masalah rambut yang mengerbang atau frizzy.
2) Curl besar
Ini juga merupakan satu stail yang digemari ramai. Tetapi orang selalu confuse curl yang di perm dengan curl yang di set (menggunakan curling tong/hot curler).
contoh macam gambar beyonce ini. Rambut beliau adalah di set. Akan tetapi, jika anda mempunyai rambut yang terlalu lurus di mana bila anda cuba untuk set rambut anda, curl itu tak tahan lama, maka bila anda membuat perm yang besar2, akan membuatkan setting rambut adalah lebih mudah.
Dan di hari yang malas, anda cuma sanggulkan rambut anda sepanjang hari, dan selepas waktu kerja, rambut anda akan kelihatan curly dan cantik dan anda sudah sedia untuk keluar date :)..
3) Fringe
Anda takut nak luruskan rambut, dan juga tak bersedia nak curlkan rambut? Apa kata anda ubah sahaja fringe anda. Pelbagai gaya fringe boleh dilakukan. Dan kebanyakan acessori rambut sesuai digayakan dengan rambut yang mempunyai fringe!
Lihat sahaja pada perubahan pada Rihanna. Mudah bukan?
4) Curl kecil/sedang
Stail ini adalah lebih drastik daripada yang lain2. Anda perlu minta pada stylist anda untuk tunjukkan demo bagaimana untuk stailkan sendiri di rumah. Selalu saya dengar orang berkata bahawa curl mereka akan kelihatan cantik apabila mereka keluar dari salon tetapi bila cuba untuk duplicate apa yang stylist mereka buat, tidak berjaya. Akan tetapi, dengan panduan dan juga produk yang sesuai, pasti anda akan kelihatan lebih vogue!
No comments:
Post a Comment